Media pembelajaran seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap murid terhadap meningkatkan minat dan sikap terhadap proses pembelajaran.
Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada murid. Media video dan televisyen dapat membawa murid merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan.
Video yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Penggunaan video dapat menunjukkan secara kontrit kepada murid yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan.
Video di atas menunjukkan teko dan kacang hijau bekerjasama mengisi air ke dalam silinder bersenggat lalu mengira isipadu cecair sehingga mencapai isian sebanyak 600 mililiter.
Video kartun ini sangat menarik dan murid-murid akan lebih mudah dan cepat menerima mesej isi kandungan . Setiap kali air ditambah ke dalam silinder bersenggat , kapasiti air semakin meningkat sehinggalah mendapat jumlah air sebanyak 600 mililiter yang diingini pada silinder tersebut.
Video ini didapati jalan ceritanya ringkas dan mudah difahami . Setiap langkah proses menunjukkan secara jelas dan mendalam dari segi mengukur isipadu cecair melalui cara menambah air sehingga mendapatkan isipadu air yang dikehendaki.
Video ini didapati jalan ceritanya ringkas dan mudah difahami . Setiap langkah proses menunjukkan secara jelas dan mendalam dari segi mengukur isipadu cecair melalui cara menambah air sehingga mendapatkan isipadu air yang dikehendaki.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete