I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 20, 2010

Pengenalan

Isipadu cecair merujuk kepada kapasiti cecair dalam sesuatu bekas. Kapasiti boleh diukur dengan menggunakan  unit bukan piawai seperti botol, cawan, mangkuk dan baldi.Kapasiti juga diukur dengan menggunakan pengukuran  piawai dalam millimeter (ml) dan liter (l) di dalam sistem metrik . Pembelajaran isipadu cecair bermula dengan pengalaman konkrit dalam situasi realistik  melalui pengukuran menggunakan kedua-dua unit piawai dan bukan piawai. Penyiasatan jumlah cecair yang boleh mengisi bekas yang berlainan bentuk dan saiz .
Sebahagian  kanak-kanak mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang berbanding kapasiti.  Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebuh isi, sama ada bekas yang lebih tinggi atau bekas yang pendek, kebankkan kanak-kanak akan memilik bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas pendek itu yang mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung.
Tayangan video ini telah  menunjukkan kejadian sebenar bahawa kanak-kanak mengalami kesilapan konsep apabila cawan yang digunakan bertukar dari cawan pendek ke gelas tinggi tetapi ruang lebih kecil.
Satu perkembangan konseptual yang sistematik akan membantu murid-murid mempelajari pengukuran isipadu cecair dengan lebih berkesan.Oleh itu, guru perlu memilih strategi-strategi pengajaran dan bahan-bahan bantu mengajar yang seseuai untuk  membantu murid – murid  mengukuhkan lagi konsep isipadu cecair.

Video tentang isipadu cecair

Media pembelajaran seperti video yang terdiri daripada gabungan pelbagai multimedia telah terbukti dapat meningkatkan minat dan sikap murid terhadap meningkatkan minat dan sikap terhadap proses pembelajaran.
Penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru kepada murid. Media video dan televisyen dapat membawa murid merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Video digunakan sebagai agen pemujuk dan ianya lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan.
Video yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikan aktiviti pembelajaran. Penggunaan video dapat menunjukkan secara kontrit kepada murid yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan.

     Video di atas menunjukkan teko dan  kacang hijau bekerjasama mengisi air ke dalam silinder bersenggat lalu mengira isipadu cecair sehingga mencapai isian sebanyak 600 mililiter.
        Video kartun ini sangat menarik  dan murid-murid akan  lebih mudah dan cepat menerima mesej isi kandungan . Setiap kali air ditambah ke dalam silinder bersenggat ,  kapasiti air semakin meningkat sehinggalah mendapat jumlah air  sebanyak 600 mililiter  yang diingini pada silinder tersebut.
       Video ini didapati jalan ceritanya ringkas dan mudah difahami . Setiap langkah proses menunjukkan secara jelas dan mendalam dari segi mengukur isipadu cecair melalui cara menambah air sehingga mendapatkan isipadu air yang dikehendaki. 

Aktiviti Pengajaran


     Kebanyakkan kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam penukaran unit. Oleh itu, saya telah merancangkan  2 jenis aktiviti untuk menyatakan hubungan antara liter dengan milliliter. Murid-murid akan mengenalpasti 1 liter bersamaan 1000 mililiter. Saya telah menggunakan strategi yang berlainan untuk kumpulan pemulihan dan kumpulan pengayaan.

Aktiviti untuk Kumpulan Pemulihan

Hasil  Pembelajaran : 
Selepas pembelajaran,murid-murid dapat mengenalpasti 1000 mililiter bersamaan dengan 1 liter.
Alat-alat bantu mengajar : 
bongkah-bongkah berbentuk kubus dan kuboid, jag, botol plastik.


Langkah-langkah :
1.Guru minta murid menjalankan aktiviti secara berpasangan.
2.Guru mengagihkan beberapa bongkah-bongkah berbentuk kubus   
   yang berlabel 200 ml  kepada murid-murid.
3.Seterusnya , guru menunjukkan sebuah kubiod kepada murid-
   murid.
4.Guru meminta murid-murid menganggar berapa buah bongkah 
   kecil menjadi ketinggian yang sama dengan kubiod  yang 
   ditunjukkan oleh guru.
5.Murid-murid berbandingkan ketinggian kubus yang disusun  
   dengan kuboid. Mereka akan didapati bahawa 5 buah bongkah 
   kecil adalah bersamaan dengan 1 kuboid
6.Setelah 5 buah bongkah kecil disusun, murid-murid dibimbing  
   mengira jumlah yang dilabel. 
   ( 200 + 200 + 200 + 200 + 200 = 1000 )
7.Rumusan guru menegaskan bahawa 1000 mililiter  bersamaan 
   dengan 1 liter.
8.Guru sediakan 1 liter air dan arahkan murid tuangkan air tersebut 
   ke dalam jag  yang berisipadu 1000 mililiter. Aktiviti ini dilakukan       
   untuk membuktikan bahawa isipadu 1 liter bersamaan dengan 
   1000 mililiter.


Aktiviti untuk Kumpulan Pengayaan
Hasil  Pembelajaran : 
Selepas pembelajaran,murid-murid dapat mengenalpasti 1000 mililiter  bersamaan dengan 1 liter.
Alat-alat bantu mengajar :
 gelas, bekas plastik, botol plastik




Langkah-langkah :
1. Guru member murid-murid beberapa gelas yang berlabel mililiter.
2. Guru mengagihkan setiap kumpulan sebotol air yang berlabel 1 
    liter .
3. Murid-murid menuang air ke gelas-gelas yang diagih sehingga 
    habis.
4. Guru menanya murid 1 liter  air dapat memenuhi berapa gelas-
    gelas yang berlabel 250 mililiter.
5. Murid didapati 1 liter air hanya dapat memenuhi 4 gelas.



6. Setelah pengisian air, murid dibimbing mengira jumlah yang 
    dilabel pada gelas-gelas.  ( 250 + 250 + 250 + 250 = 1000 )
7. Akhirnya, murid-murid mendapat kesimpulan bahawa 1000 
    mililiter = 1 liter.
8. Murid- murid meneruskan aktiviti dengan menggunakan gelas   
    yang berlainan isipadu untuk membuktikan 1000 mililiter  
    bersamaan dengan 1 liter.





Kesimpulan

Matematik menjadi asas kepada  banyak bidang ilmu di dunia ini. Antara objektif  Matematik KBSR  ialah untuk membolehkan kanak-kanak mengetahui dan memahami konsep. Untuk mencapai objektif, guru matematik disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif.
Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.
Pembelajaran dilakukan menerusi pengalaman yang meliputi aktiviti penemuan, dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk sampai kepada sesuatu kesimpulan atau penyelesaian masalah dengan sendirinya . Dengan demikian, kanak-kanak dapat mempelajari matematik dengan lebih mudah, seronok dan mengembirakan.
Pengaplikasian multimedia seperti video, animasi,bunyi dan grafik dalam pendidikan memudahkan guru meyampaikan pelbagai maklumat dengan pelbagai pendekatan. Multimedia memberi manfaat kepada murid di mana murid boleh menerima, memproses, mengingat, menyimpan dan melahirkan semula segala yang telah dipelajari. Murid juga perlu diberi kebebasan untuk belajar mengikut perkembangan diri mereka masing-masing dengan melibatkan pancaindera semasa proses pembelajaran berlangsung.
Keberkesanan  pengguanan multimedia dan keupayaan guru mengekploitasikannya boleh menyumbang kepada melahirkan generasi yang seimbang dari segi kognitif, afektif dan juga kemahiran.

Rujukan

  1. Murugiah S/O Velayutham.,& Kao Thuan Keat (2010). HBMT 2103  Teaching Mathematics in Year Two:Meteor Doc. Sdn. Bhd.
  2. Kennedy, L.M., & Tipps, S. (2000). Guiding Children”s Learning of Mathematics Allyn & Wadsworth, US
  3. Rucker, W. E., & Dilley, C. A. (1981). Heath Mathematics. D. C. Heath and Company, US.
  4. http://www.youtube.com/watch?v=qYtNhNP69lk
  5. http://www.youtube.com/watch?v=Wl6VDFaNn10&p=CF6B1B844F1C6058&playnext=1&index=23
  6. http://www.scribd.com/Mengukur-Dan-Membandingkan-Isipadu-Cecair-Dalam-P-amp-P/d/40286207
  7. http://eguru.opensos.net/~pspnjohor/bandarkulai/Site%201/B9BEF86E-1634-4998-83B3-BD7DD1AF820A/F24F5F55-8869-44D8-A046-09C10AEAF109.html
  8. http://www.ctl.utm.my/publications/manuals/mm/elemenMM.pdf