I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, November 20, 2010

Kesimpulan

Matematik menjadi asas kepada  banyak bidang ilmu di dunia ini. Antara objektif  Matematik KBSR  ialah untuk membolehkan kanak-kanak mengetahui dan memahami konsep. Untuk mencapai objektif, guru matematik disarankan agar merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak secara aktif.
Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.
Pembelajaran dilakukan menerusi pengalaman yang meliputi aktiviti penemuan, dan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk sampai kepada sesuatu kesimpulan atau penyelesaian masalah dengan sendirinya . Dengan demikian, kanak-kanak dapat mempelajari matematik dengan lebih mudah, seronok dan mengembirakan.
Pengaplikasian multimedia seperti video, animasi,bunyi dan grafik dalam pendidikan memudahkan guru meyampaikan pelbagai maklumat dengan pelbagai pendekatan. Multimedia memberi manfaat kepada murid di mana murid boleh menerima, memproses, mengingat, menyimpan dan melahirkan semula segala yang telah dipelajari. Murid juga perlu diberi kebebasan untuk belajar mengikut perkembangan diri mereka masing-masing dengan melibatkan pancaindera semasa proses pembelajaran berlangsung.
Keberkesanan  pengguanan multimedia dan keupayaan guru mengekploitasikannya boleh menyumbang kepada melahirkan generasi yang seimbang dari segi kognitif, afektif dan juga kemahiran.

1 comment: